Tidak seperti biasanya, hari itu Ali bin Abi Thalib pulang lebih awal
menjelang asar. Fatimah binti Rasulullah menyambut kedatangan suaminya
yang sehari suntuk mencari rezeki dengan sukacita. Siapa tahu Ali
membawa yang lebih banyak karena keperluan di rumah makin besar. Sesudah
melepas lelah, Ali berkata kepada Fatimah. “Maaf sayangku, kali ini aku
tidak membawa wang sesenpun.” Fatimah menyahut sambil tersenyum,
“Memang yang mengatur rezeki tidak duduk di pasar, bukan? Yang memiliki
kuasa itu adalah Allah Ta’ala.” “Terima kasih,” jawab Ali. Matanya
memberat lantaran isterinya begitu tawakkal. Padahal keperluan dapur
sudah habis sama sekali. Pun begitu Fatimah tidak menunjukan sikap
kecewa atau sedih. Ali lalu berangkat ke masjid untuk menjalankan sholat
berjamaah. Sepulang dari sembahyang, di jalan ia dihentikan oleh
seorang tua. “Maaf anak muda, betulkah engkau Ali anaknya Abu Thalib?”
Ali menjawab dengan hairan. “Ya betul. Ada apa, Tuan?”. Orang tua itu
mencari kedalam begnya sesuatu seraya berkata: “Dahulu ayahmu pernah
kusuruh menyamak kulit. Aku belum sempat membayar upahnya, ayahmu sudah
meninggal. Jadi, terimalah wang ini, sebab engkaulah ahli warisnya.”
Dengan gembira Ali mengambil haknya dari orang itu sebanyak 30 dinar.Tentu
saja Fatimah sangat gembira memperoleh rezeki yang tidak di
sangka-sangka ketika Ali menceritakan kejadian itu. Dan ia menyuruh
membelanjakannya semua agar tidak pusing-pusing lagi merisaukan
keperluan sehari-hari.Ali pun
bergegas berangkat ke pasar. Sebelum masuk ke dalam pasar, ia melihat
seorang fakir menadahkan tangan, “Siapakah yang mahu menghutangkan
hartanya kerana Allah, bersedekahlah kepada saya, seorang musafir yang
kehabisan bekal di perjalanan.” Tanpa berfikir panjang, Ali memberikan
seluruh wangnya kepada orang itu. Pada waktu ia pulang dan Fatimah
kehairanan melihat suaminya tidak membawa apa-apa, Ali menerangkan
peristiwa yang baru saja dialaminya. Fatimah, masih dalam senyum,
berkata, “Keputusan kanda adalah yang juga akan saya lakukan seandainya
saya yang mengalaminya. Lebih baik kita menghutangkan harta kerana Allah
daripada bersifat bakhil yang di murkai-Nya, dan yang menutup pintu
syurga untuk kita.”
http://meynida.wordpress.com/kisah-teladan/amal-yang-membuka-pintu-surga/
Tidak ada komentar:
Posting Komentar
Terima Kasih Sudah Membaca Blog Saya, Silahkan Tinggalkan Komentar